Luar Negara

Lapan maut dalam banjir kilat di Indonesia

PENYELAMAT Indonesia bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah lereng bukit yang dipenuhi lumpur selepas banjir kilat melanda Pulau Jawa mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang, kata agensi bencana negara itu.

Hujan lebat pada Khamis menyebabkan banjir kilat di Malang dan bandar tanah tinggi Batu, membanjiri rumah dengan lumpur dan serpihan, manakala aliran air memusnahkan jambatan.

Enam orang ditemu dan diselamatkan, manakala penyelamat menemukan enam mayat di Batu dan dua lagi mangsa di Malang.

Pada hari Jumaat, pasukan terus mencari beberapa lagi mangsa yang tidak dapat dikesan di Batu, menurut agensi mitigasi bencana nasional Indonesia.

“Sehingga kini, kami masih berusaha mencari tiga orang yang masih hilang,” kata pengerusi agensi itu Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Related Articles

Tanah runtuh dan banjir kilat adalah perkara biasa di seluruh kepulauan Asia Tenggara semasa musim hujan, yang bermula pada bulan September.

Bulan lepas tujuh orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Sumatera bulan lepas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button