Sukan

Sukan SEA Vietnam dijadualkan semula pada Mei 2022

SUKAN SEA di Vietnam, yang ditangguhkan tahun ini akibat wabak Covid-19, akan diadakan pada Mei 2022, kata Jawatankuasa Olimpik negara itu Jumaat.

Sukan serantau itu dijadualkan berlangsung di Hanoi dan 11 lokasi lain di Vietnam sepatutnya berlamngsung dari 21 November hingga 2 Disember ini.

Tetapi gelombang coronavirus yang dahsyat yang melanda seluruh dunia termasuk negara itu menyebabkan tuan rumah terpaksa menangguhkan acara itu.

Acara itu kini akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan, menurut laporan di laman web Jawatankuasa Olimpik Vietnam, memetik keputusan yang dibuat oleh timbalan perdana menteri Vu Duc Dam.

Terdapat kebimbangan mengenai mencari masa yang sesuai dalam kalendar sukan untuk Sukan yang dijadualkan semula, tetapi tarikh baharu itu tidak bertindih dengan acara sukan utama global atau serantau, kata laporan itu.

Vietnam sebelum ini menjadi tuan rumah kejohanan yang mempertandingkan pelbagai sukan itu pada tahun 2003. Ia telah memperuntukkan bajet sekitar $69 juta untuk temasya tersebut.

Sukan SEA dijangka menarik hampir 20,000 peserta, termasuk kira-kira 7,000 atlet dari 11 negara.

 

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button