Luar Negara

Kes Covid-19 naik: Perancis wajibkan semula pemakaian pelitup muka

PEMAKAIAN pelitup muka akan diwajibkan semula di sekolah-sekolah di 39 jabatan di wilayah Perancis berikutan kes baharu Covid-19 melepasi tahap amaran.

Memetik jurucakap kerajaan Gabriel Attal kelmarin, sebelum ini, sekolah di 22 jabatan telah dikenakan arahan pemakaian pelitup muka pada bulan lepas menjadikan jumlah keseluruhan 61 atau hampir separuh daripada wilayah Perancis.

Attal berkata, di 39 jabatan berkenaan, kadar jangkitan melebihi 50 kes seminggu bagi setiap 100,000 penduduk.

Mengikut protokol yang diumumkan Kementerian Pendidikan, sesebuah sekolah yang mencatatkan kurang dari 50 kes bagi setiap 100,000 penduduk selama lima hari berturut-turut, pelajar sekolah rendah tidak perlu memakai pelitup muka.

Walaupun jumlah kes baharu harian jauh lebih rendah, Attal berkata, sebaik sahaja keadaan bertambah buruk, langkah kesihatan yang ditarik balik akan dikuat kuasa semula.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan terdapat 10,050 kes baharu, 39 kematian dan 6,764 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, lapor agensi Anadolu (AA). – SM

 

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button