Travel

Langkasuka terus martabatkan Warisan Seni Telepuk

BAGI memulihara Warisan Seni Tradisional dalam memperkenalkan Seni Telepuk pada masyarakat hari ini, Persatuan Pergerakan Langkasuka dengan sokongan dari Yayasan Hasanah telah mengadakan bengkel dan aktiviti pelajari seni warisan yang semakin tenggelam dek arus masa teknologi yang semakin pesat.

Seni Telepuk ini merupakan hiasan tekstil tradisional Melayu sejak awal kurun ke-19 yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.

Proses pembuatan ya hanya menggunakan cop ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun halus kemudian dilekapkan dengan kertas emas atau dipanggil perada.

Usaha memulihara seni Telepuk ini telah diterajui oleh penggiat seni tradisional Adiguru Prof. Adjung Norhaiza Noordin.

Hasil karya kerja tangan beliau banyak menghiasi ruang dalaman istana, masjid, hotel, pejabat dan bangunan di dalam dan luar negara termasuk dewan Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, England.

Pada tahun 2014, beliau telah diminta oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) untuk menghasilkan ukiran Sarang Telepuk dan dari situ beliau telah memulakan kajian mendalam mengenai Telepuk di beberapa muzium termasuk Muzium Negara, Muzium Tekstil dan Muzium Terengganu.

Kini, beliau bersama-sama Pergerakan Langkasuka berusaha untuk memulih dan menghidupkan semula serta mengembangkan seni Telepuk supaya tidak lagi dikaitkan dengan perkataan pupus dan diteruskan oleh generasi akan datang.

Misi 2020 mereka tercapai apabila bengkel Telepuk secara fizikal dan dalam talian sebanyak 6 sesi telah menarik penyertaan seramai 170 orang peserta.

Usaha ini juga turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam dalam mengekalkan warisan kraf tradisional. Lokakarya serupa ini akan diteruskan pada masa akan datang dan mereka berharap agar Telepuk dapat diserapkan sebagai sebahagian silibus seni di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Artikle Berkaitan :>

Balai seni negara gabungkan 3 negara, Malaysia, Indonesia, Thailand

Pameran seni dan ekonomi pendedahan dalam bentuk pelaburan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button