Travel

Laluan baharu Kuala Lumpur ke Afrika dari Air Asia X

SYARIKAT penerbangan tambang murah Air Asia X mengumumkan laluan baharu ke Nairobi, Kenya di Afrika kerana permintaan yang tinggi setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail, menyasarkan untuk menerbangkan lebih 156,000 pengembara setiap tahun.

“Kami teruja untuk mengumumkan Kenya sebagai destinasi baharu dalam rangkaian kami.

“Pengembangan ini selaras dengan visi pengasas kami untuk menjadikan Asia sebagai hab global yang menghubungkan benua Afrika ke Asean dan seterusnya,” katanya semasa pelancaran laluan baharu itu di ibu pejabat AirAsia di sini, pada Isnin.

Beliau berkata komitmen AirAsia terhadap kecemerlangan perkhidmatan dalam memastikan ia dapat menawarkan lebih ramai pengembara dari Kenya peluang untuk meneroka lebih daripada 150 destinasi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah terbaik itu.

“Pengembangan ini akan memainkan peranan penting dalam menghubungkan Malaysia, Oceania, dan Afrika dengan cara yang mampu milik dan cekap.

“Sambil kami memberi tindak balas kepada permintaan yang meningkat untuk penerbangan pasca-Covid, kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai pengembara. Masa depan kelihatan cerah dan menjanjikan, terima kasih kepada sokongan semua yang hadir di sini hari ini,” tambahnya.

Penerbangan pertama dijadualkan pada 15 November, 2024 ini bakal menjadikan AirAsia X sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia ke benua Afrika. Tambang promosi bermula dari RM471 termasuk surcaj bahan api, cukai dan caj-caj berkaitan.

Turut hadir semasa pelancaran laluan tersebut ialah Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yasmin Mahmood. – BERNAMA.

Artikle Berkaitan :>

AirAsia lancar tambang penerbangan istimewa ke lebih 130 destinasi

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button