Nasional

Lagi peniaga kecil kena kompaun RM50,000

Bukan seorang peniaga kecil kena kompaun RM50,000 tetapi jumlah itu meningkat kepada dua.

Sebelum ini heboh seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa malam kelmarin.

Hari ini seorang lagi peniaga yang menjalankan peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, tampil menceritakan dia dikenakan kompaun membabitkan jumlah dan kesalahan yang sama pada 11.30 malam kemarin.

Mohd Azizi Mohd Nor, 42, dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38 terkejut kerana tanpa bertanyakan maklumat lanjut, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi melebihi had masa.

Mereka terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu dibayar.

Menurut pasangan itu untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

“Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai jam 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.

“Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Memetik laporan Malaysia kini, pasangan yang mempunyai lima anak yang masih bersekolah dan menanggung tiga anak saudara tidak mampu untuk membayar jumlah kompaun berkenaan.

“Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara.

“Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mee celup pada hari biasa.

“Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam,” kata Mohd Azizi.-SM

 

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button