Politik

KWSP: Najib sindir pakar baru sedar keadaan ekonomi

PENGELUARAN daripada Akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggambarkan rakyat berada dalam situasi terdesak dan ia didakwa mencerminkan keadaan ekonomi.

Keadaan ekonomi negara pada tahun ini memburuk apabila suku kedua dan ketiga mencatatkan penyusutan peratusan dan menyaksikan sektor pelancongan asing lumpuh.

Bagaimanapun pandangan yang diberikan pakar ekonomi itu didakwa sebagai ‘baru sedar’ apabila desakan untuk meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.

Sedangkan, pengeluaran peringkat pertama iaitu i-Lestari sudahpun dibuat sejak April lalu dan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) Diperketatkan (PKPD) dan Pemulihan (PKPP) bersilih ganti.

Beberapa kawasan terutama di Lembah Klang dan Sabah juga kini masih lagi dikuatkuasakan PKPB ekoran penularan gelombang ketiga Koronavirus (Covid-19).

Lebih buruk, gelombang ketiga ini mencatatkan kes harian terbesar berbanding penularan awal ketika PKP mula-mula dilaksanakan pada Mac lalu.

“Baru sahaja pakar ini sedar bahawa ekonomi buruk apabila dia tengok ramai tuntut pengelaran KWSP?

“Habis tu, dia fikir BN (Barisan Nasional) dan saya letak pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium sebagai syarat sokong bajet sebab kita sekadar mahu isi masa lapang sahaja ke?

“Mungkin pakar atau kerajaan tak sedar. Tetapi kita di BN dah lama sedar.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menempelak satu kenyataan daripada pakar ekonomi yang dilaporkan oleh portal The Malaysian Insight hari ini.

Najib berkata, BN sudah sedar lebih lama dan ia menjadi sebab mengapa beliau membawa usul pengeluaran KWSP dan moratorium pinjaman dibawa dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2021.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau mengusulkan cadangan tersebut kerana ekonomi negara jatuh pada tahap paling teruk sejak 10 tahun lalu.

“Ekonomi sudah jatuh paling lemah sejak 10 tahun lalu pada tahun lepas di bawah PH sebelum pandemik bermula.

“Ekonomi dah susut 17.1 peratus suku kedua dan susut 2.7 peratus pada suku ketiga.

“Sektor pelancongan asing dan hospitaliti yang sumbang RM84.1 bilion kepada ekonomi kita tahun lepas dah lumpuh sepenuhnya.

“Pandemik dah berlalu lebih 9 bulan dan kita masih catat lebih 1,000 kes baru sehari.

“PKPB dah lanjut berulang-kali. Rakyat takut atau dihalang untuk keluar kerja atau berbelanja,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button