Nasional

Kurangkan jumlah subjek dalam sehari, usaha tangani beg berat

Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh ketetapan dan perincian bagi menangani isu beg berat dialami murid sekolah secara menyeluruh.

Ia membabitkan penyediaan lokar di sekolah rendah, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan kerja, pengenalan buku teks digital, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, fasa 1 penyediaan lokar bagi darjah 1 telah pun selesai pada bulan Oktober, manakala fasa kedua dan ketiga dijangka selesai tahun hadapan.

Mengenai pendekatan kedua, Radzi berkata, KPM akan melaksanakan jadual waktu yang mengehadkan jumlah mata pelajaran diajar di sekolah rendah daripada tujuh subjek kepada tiga atau empat subjek sehari.

Melalui konteks berkenaan, katanya, pihak sekolah perlu mengambil kira pelaksanaannya dengan melihat aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

“Jika terdapat kekurangan guru, kita akan membantu menyalurkan guru baru ke dalam sekolah tersebut,” katanya dalam satu perbincangan di televisyen.

Beliau berkata, KPM juga telah membuka permohonan penukaran guru sepanjang tahun berbanding hanya 2 kali dalam setahun. Ini bagi memudahkan urusan guru yang ingin bertukar ke kawasan lain agar tidak perlu menunggu masa yang lama untuk berpindah.

Radzi berkata, pendekatan keempat membabitkan buku aktiviti dan kerja dengan murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti disediakan KPM agar tidak terlalu banyak buku yang perlu digunakan.

“Pendekatan kelima adalah berkaitan buku teks digital dan KPM menumpukan penerbitan baharu buku teks dalam format digital yang dilaksanakan secara berterusan.

“Bagi murid yang tertinggal buku teks disekolah, mereka boleh mengulangkaji pelajaran dirumah dengan menggunakan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA),”katanya.

Memperincikan pendekatan keenam, beliau berkata, ia berkaitan dengan perbincangan bersama JAKIM.

Jakim bersetuju agar murid tidak perlu memakai pakaian lengkap sekolah jika mereka ingin ke sekolah agama.

Pendekatan ini merupakan pendekatan paling menyeluruh yang telah dibuat oleh KPM setakat ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button