Ekonomi

Malaysia hub semikonduktor, kecerdasan AI serantau

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaaan kini terus melangkah ke hadapan dalam industri teknologi tinggi dengan memeterai kerjasama strategik bersama gergasi reka bentuk seni bina cip iaitu ARM Holdings plc.

Kata beliau, perjanjian yang dimeterai ini bukan sekadar memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI), tetapi juga menandakan era baharu di mana Malaysia bukan lagi hanya bertindak sebagai hab pembuatan cip, sebaliknya turut menjadi peneraju dalam inovasi dan pembangunan teknologi tersebut di rantau ini.

“Melalui inisiatif ini, Malaysia bakal menyaksikan lahirnya mikrocip ‘Made by Malaysia’, suatu pencapaian yang mencerminkan keupayaan serta daya inovasi anak watan dalam bidang berteknologi tinggi. Ia bukan sekadar satu lonjakan ke hadapan, tetapi bukti bahawa negara kita mampu berdiri seiring dengan kuasa besar dunia dalam industri semikonduktor,” kata Anwar dalam hantaran ke media sosialnya.

Kata beliau, perjanjian ini merangkumi komitmen untuk melahirkan 10,000 jurutera litar bersepadu (IC) dalam tempoh empat tahun, satu langkah penting dalam membina tenaga kerja berkemahiran tinggi yang akan menjadi tulang belakang kepada kemampanan industri ini.

“Sementalahan, syarikat tempatan turut berpeluang mengakses teknologi serta portfolio harta intelektual (IP) milik ARM, sekali gus membolehkan mereka bersaing di peringkat global dengan keupayaan inovasi yang lebih mantap.

“Apa yang lebih bermakna adalah kerjasama ini akan memperkukuh ekosistem industri semikonduktor negara dengan membangunkan rantai bekalan tempatan yang lebih utuh dan mampan. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal mendapat manfaat besar menerusi peluang penyertaan dalam industri berteknologi tinggi ini, membuka ruang bagi lebih banyak produk semikonduktor yang bukan sahaja direka bentuk di Malaysia tetapi juga dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

“Dengan langkah ini, Malaysia sedang meletakkan asas kukuh untuk menjadi hab inovasi teknologi yang disegani di rantau ini. Insya-Allah, dengan kepakaran, kesungguhan, dan dukungan padu semua pihak, negara akan terus mara ke hadapan sebagai pemain utama dalam arena semikonduktor dan AI di peringkat global,” katanya.

FOTO

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Kerjasama Strategik Arm Limited di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2025. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button