Nasional
Kupang di perairan Port Dickson dicemari biotoksin
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ingin memaklumkan hasil analisis makmal yang dijalankan oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur terhadap sampel air dan kupang di perairan Port Dickson mengesahkan kupang di daerah tersebut telah dicemari biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan.
Analisis yang telah dijalankan mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia.
Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurang dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan. – SM