Sukan

Dua gol terakhir Palmer bolehkan Chelsea menang HEBAT ke atas Man Utd

Cole Palmer menjaringkan dua gol pada masa kecederaan ketika hatriknya memusnahkan harapan Manchester United dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris ekoran kekalahan serba huru-hara 4-3 kepada Chelsea di Stamford Bridge.

Palmer menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-100 sebelum rembatannya yang terbias seminit kemudian memberikan kemenangan yang menakjubkan pada detik-detik terakhir.

Ketika United seakan-akan akan pulang dengan tiga mata apabila mereka mendahului 3-2 hingga minit ke-100 sebelum Palmer menyempurnakan penalti untuk menyamakan kedudukan 3-3.

Kekalahan itu menyebabkan United di tangga keenam ketinggalan 11 mata di belakang Aston Villa di tempat keempat.

Alejandro Garnacho sebelum itu menjaringkan dua gol, bersama-sama dengan satu gol oleh Bruno Fernandes sebelum rehat, untuk membantu United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mendahului 3-2.

Namun Palmer, yang menjaringkan penalti pada separuh masa pertama selepas gol pembukaan awal Conor Gallagher, membuktikan dia wira untuk mengangkat pasukan Mauricio Pochettino ke tangga ke-10 dan hanya lima mata di belakang Red Devils.

(Visited 9 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button