Ekonomi

Kumpulan Magma umum pelantikan kepimpinan baharu

Magma Group Berhad (Magma), sebuah kumpulan pegangan pelaburan dan hospitality yang dinamik,  mengumumkan peralihan penting dalam kepimpinannya.

Datuk Seri Ismail @ Farouk Abdullah telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif,  dengan Datuk Seri Sri Lee Hock Seng, yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif akan mengambil alih jawatan tersebut.

Peralihan kepimpinan ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik yang rapi, sekali gus mencerminkan komitmen Magma terhadap kesinambungan dan kepimpinan yang mantap.

Ismail melahirkan keyakinan bahawa Hock Seng merupakan individu yang tepat untuk menerajui Magma mengharungi cabaran dan peluang masa depan, bagi memastikan trajektori pertumbuhan Magma kekal mampan dan berterusan.

Beliau juga berkongsi rasa bangga dan ucapan penghargaan kerana telah mengetuai Magma Group melalui era pertumbuhan transformatif syarikat.

“Melihat Magma muncul lebih kukuh dan berdaya tahan amatlah membanggakan. Saya yakin Datuk Seri Lee Hock Seng merupakan individu yang tepat untuk menerajui Magma pada fasa seterusnya.

“Pengetahuan beliau yang mendalam mengenai operasi syarikat, kefahaman dinamik pasaran, serta pandangan strategik yang bernas akan menjadi aset tidak ternilai yang memacu Magma ke tahap yang lebih tinggi,” kata Ismail.

Sementara itu Hock Seng berkata, beliau berbesar hati diberi kepercayaan untuk menerajui Magma pada masa ini. Saya komited untuk kukuhkan asas yang sedia ada dan memacu Magma ke arah pertumbuhan lestari, memastikan nilai terus dijana untuk para pemegang saham dan pihak berkepentingan mereka

Pengarah Urusan Kumpulan Magma, Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong pula mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin terhormat, terutamanya kepada Hock Seng yang mengambil alih jawatan penting itu.

“Bersama-sama, saya nanti-nantikan untuk menjalin jalinan yang lebih kukuh di barisan kepimpinan Magma, sekali gus menetapkan pentas untuk meraih kejayaan dan pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan.”

Magma kekal teguh dengan komitmennya untuk menegakkan tadbir urus korporat yang unggul dan mengamalkan pe­niagaan beretika di bawah kepimpinan yang baharu.

Dengan langkah peralihan ini, Syarikat yakin ia berupaya untuk meraih keunggulan pasaran yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan sumbangannya kepada landskap ekonomi dan sosial. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button