NegeriRencah Hidup

Kumpulan “Baby Lion Khay Beng” satukan budak Cina, Melayu, India

Sebahagian kumpulan “Baby Lion Khay Beng” yang selesai membuat persembahan tarian Singa di salah sebuah premis di Kuala Perlis.

SERONOK melihat kumpulan “Baby Lion Khay Beng” berlatih tarian Singa untuk dipersembahkan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Inilah murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Beng, Seberang Ramai di Kuala Perlis yang meliputi semua bangsa iaitu Cina, Melayu dan India sebagai kumpulan tarian Singa sekolah.

Disebabkan masing-masing telah belajar dalam di kelas sama setiap hari maka tidak hairan perpaduan ini jelas terpupuk dengan baik dalam apa juga aktiviti di sekolah.

Sekalipun tarian Singa ini tarian tradisional kaum Cina tetapi anak Melayu dan India tidak kekok untuk berlatih dengan gigih sebelum persembahan.

Guru selaku jurulatih tarian, Chong Ching Chuan yang dibantu rakannya Cheng Che Ling, buat pertama kali tahun ini sekolah berkenaan menganjurkan persembahan tarian Singa menerusi kumpulan “Baby Lion Khay Beng”.

Pasukan “Baby Lion Khay Beng” seronok berlatih tarian Singa.

Beliau berkata, kumpulan ini akan mengadakan persembahan di premis perniagaan atau rumah orang awam di mana hanya dikenakan bayaran RM20 untuk tabung sekolah.

Katanya, sebanyak RM500 digunakan sebagai untuk membeli kostum lengkap bagi persembahan ini yang disalurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini.

Beliau berkata, sehingga kini latihan dalam seminggu diadakan sebanyak tiga hingga empat kali.

“Biasa latihan ini diadakan sebelah petang selama dua hingga tiga jam,” katanya.

Katanya, tarian Singa ini juga tidak melatih kanak-kanak melompat atas tiang untuk mengelak dari berlaku sebarang kecederaan.

Katanya, satu pasukan tarian Singa hanya melibatkan dua pelajar iaitu seorang bahagian kepala dan seorang bahagian ekor.

Bagaimanapun kata, apabila membuat persembahan nanti, kumpulan ini akan berganti-ganti supaya mereka tidak merasa penat.

Hasbul Hardi Abdul Halim

Bagi Hasbul Hardi Abdul Halim, pelajar Darjah 6 mengakui rasa seronok bila berpeluang menyertai pasukan tarian Singa.

“Ibu dan ayah memberikan galakan kerana mahu saya belajar budaya orang Cina,” katanya.

Katanya, dia jadi penari di bahagian kepala lebih mencabar kerana ada masa perlu menunduk ke bawah.

Chen Angel juga pandai bermain gendang.

Pelajar Darjah 4, Chen Angel seronok berlatih tarian Singa bersama rakannya dari semua bangsa.

Dengan saiznya yang rendah, Angel kena menari pada bahagian ekor.

Katanya, dia dan rakannya kena tumpukan sepenuh perhatian ketika latihan untuk memastikan pergerakan sama.

Terbaiklah kumpulan “Baby Lion Khay Beng” apabila telah berjaya membuat persembahan dengan baik apabila tiba pada hari yang dinantikan. – SM

BACA Filem Web Tahun Baru Cina dari MR DIY bertajuk ‘Wo AI Ni’ menyentuh perasaan

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button