NasionalNegeriPendidikan

KUIPs jadi pilihan pelajar dari 11 negara

Dr Abdul Basir Awang ketika berucap pada majlis taklimat bersama waris dan pelajar di kampus KUIPs di Kuala Perlis.

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) menjadi pilihan kepada pelajar Islam dari 11 buah negara bagi mengikuti sesi pengajian pada ambilan Februari 2024.

Timbalan Rektor Akademik, Prof Madya Dr Abdul Basir Awang berkata, ia melibatkan pelajar dari Indonesia, Yaman, Thailand, Kemboja, Mali, Myanmar, Afghanistan, Nigeria, Arab Saudi, Chad dan juga Cameron.

“Kesemua pelajar antarabangsa dan tempatan yang berjumlah 200 orang ini akan menjalani minggu suai kenal sebelum pengajian bermula,” katanya ketika ditemui selepas majlis taklimat bersama waris dan pelajar di kampus KUIPs di Kuala Perlis.

Abdul Basir juga bertemu dengan seorang pelajar dari Taiping, Perak iaitu Yusuf Omar yang turut mendaftar pada sesi pengajian 2024 ini.

Yusuf yang sepatutnya mendaftar pada sesi 2023 tidak dapat mendaftar di KUIPs kerana terlibat dalam kecelakaan jalan raya pada tahun lalu.

Beliau terlantar di Hospital Taiping akibat kecederaan ketika dalam perjalanan ke universiti ini pada September 2023.

Anak keempat dari lima beradik ini bersama dengan abangnya Luqman, 26 turut bersama pelajar tempatan dan antarabangsa lain mendaftar sebagai pelajar baharu.

Dr Abdul Basir Awang berbual dengan dua beradik iaitu Yusuf Omar dan Luqman selepas majlis taklimat bersama waris dan pelajar di kampus KUIPs di Kuala Perlis.

Kedua-dua pelajar ini menyambung pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda disini.

“Saya gembira kerana pada pendaftaran kali ini bukan sahaja saya diterima sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam universiti ini malah abang saya Luqman turut mendaftar sebagai pelajar baharu dengan saya,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi bersama waris sempena pendaftaran pelajar baharu sesi Februari 2024. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button