NasionalRencah Hidup

KTMB kongsi cara sambung, potong gerabak

KUALA LUMPUR – Bukan mudah, itu pandangan ringkas bagi sebuah pekerjaan dalam operasi kereta api iaitu tugas seorang ‘Pelansir’.

Pelansir merupakan orang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja menyambung gerabak kereta api yang perlu mematuhi langkah teknikal bagi memastikan keselamatan sama ada penumpang ataupun barangan kargo.

Justeru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkongsi sebuah video menunjukkan cara-cara penyambungan dan pemotongan gerabak dilakukan dan langkah-langkah keselamatan diambil.

Menurut KTMB, kerja-kerja penyambungan atau pemotongan gerabak lazimnya dilakukan di depoh ataupun di stesen kereta api.

Tonton sendiri video ini untuk melihat bagaimana proses penyambungan dan pemotongan gerabak dilakukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button