Politik

Krisis UMNO-Bersatu tangguhkan perasmian PN?

PERGESERAN dikatakan berlaku antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyebabkan pelancaran Perikatan Nasional (PN) terpaksa ditanguhkan.

Pelancaran gabungan baharu kerajaan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini namun terpaksa ditunda.

Pelancaran itu juga dikatakan bakal berlangsung di Kota Kinabalu Sabah, bersama dengan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Memetik laporan portal Malay Mail, perkara sedemikian menyebabkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai menngadakan rundingan dengan parti lain di Sabah.

“Pengumuman yang dirancang batal. Rundingan gagal.”

Demikian laporan portal itu memetik sumbernya hari ini.

Oleh demikian, Presiden Bersatu itu dijadualkan bertemu pemimpin masyarakat tempatan di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah petang ini.

Pergeseran antara UMNO dan Bersatu dilihat bakal memberi kesan kepada kedudukan Muhyiddin dan partinya dalam Parlimen.

Ini kerana Ahli Parlimen Pagoh itu hanya mempunyai kelebihan empat kerusi dalam Dewan Rakyat untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan partinya menarik diri daripada menyertai PN.

Malah beliau juga sebelum itu menyatakan sokongan kepada PN hanya sementara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Krisis antara UMNO dengan Bersatu juga dijelaskan dengan tindakan Ahmad Zahid yang bertegas mengekalkan kerusi yang dimenanginya dalam PRU-14.

Ia termasuklah kerusi enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang memenangi pilihan raya umum lalu atas tiket Barisan Nasional (BN).

Hal demikian juga ditegaskan Presiden UMNO apabila Ahli Parlimen Mersing yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad pernah mengkritik UMNO Sabah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button