JenayahNasional

Pemilik syarikat ditahan pindah saham guna dokumen palsu

SEORANG pemilik syarikat dituduh melakukan kesalahan memindahkan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.

Bagi memudahkan urusan tersebut juga, lelaki berusia 66 tahun itu turut memberi suapan kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pemilik syarikat itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat selepas hadir untuk memberi keterangan semalam.

Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya.

Justeru ke disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawar atau memberikan suapan.


Menurut laporan Bernama, Majistret Mahkamah Majistret Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 31 Ogos hari ini.

Berdasarkan fakta, proses pemindahan saham tersebut tidak didaftarkan oleh SSM dan turut melibatkan setiausaha syarikat terbabit. – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button