Nasional

KPM nafi gred peperiksaan SPM tahun lepas diturunkan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa penggredan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diturunkan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penarafan markah mestilah mengikut merit dan piawaian yang telah diguna pakai sebelum ini.

“Kami mempunyai standard kami dan ia telah dikekalkan. Sistem penggredan mesti adil,” katanya kepada pemberita pada penutupan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Cina Kuala Lumpur dan Selangor (SJKC) dan Tamil (SJKT) di sini, semalam ( 20 Jun).

Baru-baru ini, analisis keputusan peperiksaan SPM tahun lalu dikongsi secara meluas di media sosial yang menarik perhatian umum dan netizen telah menonjolkan kepincangan sistem pendidikan dengan ada yang mempertikaikan penggredan SPM tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada KPM bercadang memasukkan lebih banyak subjek wajib SPM selain Bahasa Melayu dan Sejarah, Fadhlina berkata buat masa ini, hanya dua mata pelajaran itu akan dikekalkan.

“Kedua-dua mata pelajaran itu akan dikekalkan kerana mereka telah mencatatkan peningkatan prestasi dalam peperiksaan SPM baru-baru ini, calon-calon mencatat pencapaian yang sangat baik dalam Sejarah.

“Ini menunjukkan pelajar tiada masalah untuk mempelajari Sejarah, mungkin kita hanya perlukan intervensi yang agresif terutamanya dalam memperkasakan Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata tahap penguasaan Bahasa Melayu di sekolah SJKC dan SJKT menyaksikan peningkatan ketara dalam keputusan SPM tahun lepas dan diharap dapat dipertingkatkan lagi.

Mengenai dakwaan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn bahawa Menteri Pendidikan itu enggan mengadakan pertemuan dengannya bagi membincangkan perkembangan pendidikan di negeri ini, Fadhlina berkata tarikh mesyuarat itu telah ditetapkan pada 14 Julai ini. -SM

Baca juga : Jayakan reformasi, inisiatif ekonomi dirancang; Anwar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button