Nasional

KPM beri pencerahan pengoperasian sekolah

KEMENTERIAN Pendidikan memaklumkan, kemasukan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah adalah pada 21 November 2021 bagi negeri Kedah dan pada 22 November 2021 pula adalah bagi Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Kenyataan KPM ini adalah merujuk kepada kenyataan media KPM bertarikh 8 November lalu berkaitan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

“Sepertimana yang dinyatakan dalam kenyataan media tersebut, kehadiran murid dalam kumpulan tersebut di sekolah harian adalah mengikut kaedah penggiliran.

“Manakala kehadiran murid di sekolah asrama sepenuhnya adalah tanpa penggiliran. Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam kenyataan yang sama juga, KPM sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka semenjak dibuka semula bermula 3 Oktober lalu.

“Dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa pandemik Covid-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran,” katanya.

Katanya lagi,i nstitusi pendidikan bawah KPM turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button