Nasional

KPDNHEP laksana SHMKM fasa dua

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil inisiatif meninjau pematuhan pelaksanaan fasa kedua Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di TF Value Mart, Temerloh, Pahang.

GAMBAR KPDNHEP

Langkah ini adalah bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia untuk mendapatkan barangan asas pada harga terkawal ketika pergerakan harga barangan asas sebelum ini tidak begitu stabil.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid bersama Ketua Seksyen Siasatan dan Serbuan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Azeem Nazuri meluangkan masa untuk membuat pemantauan.

Terdahulu, SHMKM fasa pertama yang bermula 7 Disember dan berakhir pada 31 Disember lalu telah dilanjutkan bermula 1 Januari hingga 4 Februari ini.

GAMBAR KPDNHEP

Manakala lanjutan tempoh penguatkuasaan SHMKM fasa dua ini amat bertepatan ketika cabaran musim tengkujuh  melanda negara.

Skim ini juga adalah sebahagian inisiatif kementerian yang menyokong usaha kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat mendepani fasa penuh mencabar ini.

Sebanyak 12 item meliputi kategori ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayuran disenaraikan sebagai barangan harga terkawal dan harga maksimum empat item di bawah SHMKM fasa kedua mengalami penurunan dan  lebih rendah berbanding SHMKM fasa pertama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button