Nasional

KPDNHEP beri sumbangan kepada warga emas Rumah Seri Kenangan

Rumah Seri Kenangan di Batu 12 di sini semalam menerima sumbangan barangan keperluan harian dan barangan makanan daripada program bank makanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kenyataan kementerian berkata sumbangan barangan itu adalah daripada ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap, dan dilakukan sempena Bulan Warga Emas.

Yap turut menderma RM20,000 untuk menambah baik rumah itu untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduknya, tambahnya.

Program bank makanan kementerian, yang dilancarkan pada Februari 2019, memberi tumpuan kepada membantu pelajar pendidikan tinggi serta kumpulan memerlukan seperti B40 terpilih dan mangsa bencana alam.

Kementerian mengalu-alukan sumbangan badan korporat, pemain industri dalam sektor pemborongan, peruncit dan individu untuk membantu golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka dalam meringankan beban perbelanjaan sara hidup golongan B40.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button