Nasional

Kita perlu bina generasi baharu lebih hebat – Radzi Jidin

Malaysia bergerak ke hadapan seiring dengan negara lain, sekali gus memberi ruang kepada anak mudanya untuk memegang jawatan penting dalam pelbagai organisasi dan pentadbiran kerajaan.

Menteri Pendidikan Kanan, Datuk Dr Radzi Jidin yang berkata demikian, menambah golongan muda perlu diberi peluang dan dididik dengan sebaik mungkin ke arah melahirkan generasi yang berkaliber pada masa hadapan.

“Apabila kita bercakap tentang kepimpinan belia, kita semua perlu memainkan peranan dalam mengajar anak-anak kita

“Kita mesti membina generasi baharu yang lebih hebat daripada kita,” katanya pada forum bertajuk, ‘Kepimpinan Cemerlang’, yang diadakan sempena Forum Eksekutif Muda Global 2022, anjuran Kementerian Belia dan Sukan, semalam.

Mengenai ciri-ciri pemimpin yang baik, Radzi berkata individu itu perlu jujur dan ikhlas dalam memikul tanggungjawab, sedia mendengar dan belajar, selain mengutarakan pandangan yang boleh diterima berdasarkan keutamaan.

Sebagai contoh, dalam mengemudi Kementerian Pendidikan setakat ini, beliau berkata beliau telah mengambil pendekatan berstruktur yang akan memberi kesan positif dalam jangka masa panjang kepada pelajar sekolah.

“Perubahan adalah satu perkara yang paling ditakuti oleh manusia, secara amnya. Sebab itu pemimpin perlu berani membawa perubahan tetapi ia mesti berdasarkan maklumat yang tepat dan objektifnya mesti jelas,” katanya merujuk kepada pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Tambahnya, setiap perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan termasuk membatalkan dua peperiksaan itu dibuat melalui perbincangan dan perundingan terlebih dahulu dengan pelbagai pihak berkepentingan dan bukan secara tergesa-gesa, seperti didakwa sesetengah pihak.

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button