Sukan

Kpah Sherman selamatkan Kedah

KETIKA Pulau Pinang kelihatan hampir memungut mata penuh, Kpah Sherman menjadi penyelamat Kedah apabila menjaringkan gol penyamaan empat minit sebelum tamat perlawanan.

Ia memastikan Kedah pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan Liga Super, di Stadium Batu Kawan  Pulau Pinang malam tadi.

Pulau Pinang  kelihatan seperti bakal melakukan kejutan dan melakar kemenangan kedua musim ini apabila pemain import dari Brazil, Ednrick meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-11.

Anak  buah  Tomas Trucha mempunyai peluang untuk menambah jaringan namun sepakan pemain muda skuad kebangsaan Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit ke-24 ditampan kemas penjaga gol Kedah, Mohd. Shahril Sa’ari.

Keadaan padang yang ditakungi air turut menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan terutama Kedah yang tidak dapat melakukan hantaran-hantaran pendek mereka.

Walaupun ketinggal Kedah terus mengasak dengan melakukan beberapa cubaan ke gawang tuan rumah namun dikawal rapat penjaga gol Penang FC, Samuel Somerville.

Pada separuh masa kedua Kedah semakin garang dengan asakan bertubi-tubi bagi menggoncang benteng pertahanan Pulau Pinang.

Tetapi Pulau Pinang yang hampir menambah jaringan  pada minit ke-72 menerusi rembatan dekat pemain kacukan Malaysia-Australia, David Rowley, namun percubaannya gagal mengenai sasaran.

 

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button