Sukan

Kpah Sherman pastikan Kedah kekalkan rentak menang

WALAUPUN JDT telah mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini, namun itu tidak menghalang Kedah Darul Aman FC (Kedah untuk terus melebarkan rekod kemenangan.

Malam tadi Kedah menewaskan Perak FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Itu adalah kemenangan keempat berturut-turut yang akan mencerahkan peluang skuad Hijau Kuning merebut tempat kedua Liga Super musim ini selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan, semalam.

Kedah kini mengumpul 38 mata.

Perak FC pula, ini adalah kekalahan kali kelima berturut-turut yang meletakkan  kelompok dua pasukan tercorot selepas 20 perlawanan berlangsung.

Kedudukan ini menyaksikan mereka turun untuk bersaing di Liga Perdaba musim depan.

Penyerang utama Kedah, Kpah Sherman terus cemerlang apabila meledak gol sulung buat tuan rumah melalui tandukan pada minit ke-19 sekali gus menewaskan penjaga gawang pelawat, Azri Ghani selepas mendapat hantaran daripada Kipre Tchetche.

Tuan rumah hampir menambah gol pada minit ke-22 apabila pengadil menganugerahkan sepakan penalti selepas Kpah Sherman dijatuhkan oleh Azri.

Namun, peluang keemasan itu gagal dimanfaatkan kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar apabila sepakannya terkena tiang gol dan susulan percubaan yang dilakukan oleh Kpah Sherman kemudian dinafikan palang.

Perak FC cuba bangkit melakukan beberapa serangan pantas bermula dari bahagian tengah mencari penyerang utamanya, Nana Poku namun usaha skuad Bos Gaurus itu gagal menghasilkan sebarang penyudah hingga tamat babak pertama.

Perak FC cuba memberi tekanan sebaik babak kedua bermula dengan percubaan Nana Poku dalam kotak penalti, namun Ifwat Akmal lebih bersedia menepis bola.

Minit ke-66, Rizal Ghazali berjaya membuat larian sebelum menewaskan Azri, namun gerakannya itu terlebih dahulu dikesan ofsaid.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button