Nasional

Kota Setar, Penjara Tawau dikenakan PKPD Pentabiran

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkat (PKPD) secara Pentadbiran dikenakan terhadap 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.

Turut dikenakan PKPD adalah Penjara Tawau.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pelaksanaan akan dikuatkuasakan mulai 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 25 September.

Ismail Sabri berkata, PKPD dikenakan terhadap Kota Setar berikutan peningkatan kes Kluster Sungai dan Tawar.

PKPD Kota Setar melibatkan 366,787 penduduk di 28 Mukim di Daerah Kota Setar.

Polis Diraja Malaysia bersama Angkata Tentera Malaysia akan melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk daerah dan penduduk
dilarang untuk keluar dan masuk daerah adalah dilarang dan

Kemasukan melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di Bukit Kayu Hitam turut dihentikan buat sementara waktu.

Individu juga tidak dibenarkan untuk keluar bekerja dari kawasan sepanjang tempoh PKPD secara Pentadbiran.

“Majikan mereka diminta untuk mengambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah,” kata Ismail Sabri.

Masjid dan rumah ibadat lain diarahkan tutup sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran ini.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya juga dilarang sepanjang tempoh ini.

Semua taska, sekolah swasta dan kerajaan termasuk lain-lain institusi pengajian rendah, menengah dan pra-universiti juga diarahkan tutup sepanjang tempoh PKPD secara Pentadbiran.

Sesi pengajian di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Institut Latihan Kemahiran di daerah Kota Setar turut ditangguhkan.

Hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi seperti premis yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti kedai makan dan warung serta stesen minyak, kedai runcit dan farmasi, klinik serta hospital sahaja.

Menurut Ismail Sabri, perkhidmatan perlu lain seperti kilang perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.

“Restoran, kedai makan hanya boleh menggunakan kaedah take away sahaja dan hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan sehingga 8.00 malam sahaja,” kata Ismail Sabri.

Menurutnya, stesen minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Operasi pasar malam dan pasar tani juga adalah tidak dibenarkan manakala hanya operasi pasar harian dibenarkan dari jam 6 pagi – 2 petang sahaja.

Jelas beliau, hanya ketua keluarga atau seorang dari sebuah rumah sahaja dibenarkan untuk keluar bagi tujuan pembelian barang makan atau keperluan keluarga.

Perkhidmatan feri di Kuala Kedah juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran ini dan orang ramai diminta menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis.

Manakala PKPD di Penjara Tawau, Sabah, dilakukan juga kerana penularan kes.

“PKPD ini akan melibatkan banduan, 114 anggota dan 355 ahli keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Tawau.

“Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyaring kesemua yang terlibat,” kata Ismail Sabri.

Pergerakan keluar masuk penjara adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran termasuk pelawat dan ahli keluarga.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button