Politik
Trending

PRN Sabah: Bekas wakil rakyat UMNO lompat parti tidak tercalon

EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dari UMNO yang lompat parti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak tercalon.

Mereka adalah ADUN Pitas, Datuk Hamisa Samat, Datuk Osman Jamal (Balung), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Jamawi Jaafar (Kemabung).

Mereka digantikan dengan Sufian Abdul Karim (Pitas), Hamild @ Hamid Awang (Balung) dan Datuk Raime Unggi (Kemabong).

Bagi Sebatik, kerusi itu akan ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, UMNO Sabah hanya mengemukakan dua orang calon lama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Md. Salleh Md. Said.

Bung yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu akan bertanding di Lamag, sementara Md. Salleh pula di Usukan.

UMNO Sabah mengemukakan 90 peratus calon muka baharu dalam 31 kerusi yang ditandinginya.

Agak mengejutkan apabila ahli politik ‘heavyweight’ parti itu seperti bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tidak tercalon.

Oleh demikian, bakal menggantikan Musa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga adalah muka baharu iaitu Mohamad Hamsan Awang Supian.

“Musa Aman tidak pernah memohon kepada saya untuk menjadi calon.”

Demikian ringkas Bung Moktar dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan PN di Kota Kinabalu hari ini.

Berikut adalah senarai calon UMNO Sabah BN bagi PRN Sabah yang akan diadakan pada 26 September ini. – SM

Bil. No. DUN DUN Calon
1. N.01 Banggi Akram Ismail
2. N.02 Bengkoka Harun Durabi
3. N.03 Pitas Sufian Abdul Karim
4. N.09 Tempasuk Mohd. Arsad Bistari
5. N.10 Usukan Datuk Seri Md. Salleh Md. Said
6. N.13 Pantai Dalit Jasnih Daya
7. N.16 Karambunai Datuk Yakubah Khan
8. N.17 Darau Datuk Jumat Idris
9. N.22 Tanjung Aru Mohd. Reduan Aklee
10. N.24 Tanjung Keramat Shahelmey Yahya
11. N.29 Pantai Manis Mohd. Tamin @ Tamin Zainal
12. N.30 Bongawan Ag. Lahap Ag. Bakar @ Ag Syairin
13. N.31 Paginatan Junaidi Saad
14. N.34 Lumadan Datuk Kamarlin Ombi
15. N.35 Sindumin Sani Miasin
16. N.43 Kemabong Datuk Raime Unggi
17. N.47 Telupid Abdul Wahab Abdul Ghani
18. N.48 Sugut James Ratib
19. N.50 Gum Gum Suhaimi Nasir
20. N.51 Sungai Manila Mokran Ingkat
21. N.52 Sungai Sibuga Mohamad Hamsan Awang Supian
22. N.53 Sekong Hazulizah Md. Dani
23. N.57 Kuamut Juhairi Janan
24. N.58 Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin
25. N.59 Sukau Datuk Jafry Ariffin
26. N.60 Tungku Momen @ Abd. Momen Anchai @ Angchai
27. N.63 Kunak Halid Harun
28. N.64 Sulabayan Abdul Manan Indanan
29. N.67 Balung Hamild @ Hamid Awang
30. N.70 Kukusan Chaya Sulaiman
31. N.72 Tanjung Batu Andi Muhammad Surady  Bandy
(Visited 757 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button