Kontrak Bestinet sebagai pengelola FWCMS berakhir 31 Mei 2024 disambung?
Biar pun terpalit dengan pelbagai isu, keberadaan syarikat yang mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) sehingga 31 Mei 2024 menimbulkan tanda tanya.
Agak mengejutkan kerana dalam tempoh kurang sebulan kontrak bakal berakhir, 24 April 2024 merekodkan Bestinet kembali muncul di dada media sebagai ‘syarikat IT yang prihatin’.
Baca Di Sini > Bestinet unveils technology to help avoid plight of migrant workers | NST
Namun demikian, ramai rakyat Malaysia yang kurang bersetuju dengan lambakan kemasukan pekerja asing berpegang dengan prinsip Malaysia perlu kembali bersih di bawah Kerajaan Madani.
Bersih daripada banyak perkara kerana kedatangan pekerja asing di Malaysia tidak memberikan impak yang positif sebaliknya memberikan kesan yang negatif terhadap sosio-budaya dan juga ekonomi.
Baca Di Sini > Sejarah Malaysia Kehilangan RM28.5 Bilion Kerana Pekerja Asing Dilenyapkan?
Malaysia bagaikan kehilangan wajah Asia kerana sikap Kerajaan terdahulu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (2018 dan tahun-tahun sebelumnya).
Bangkitnya rakyat memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah untuk memastikan masalah yang terjadi sejak era Najib terdahulu dihapuskan secara berkesan.
Sebagai Perdana Menteri yang perjuangkan prinsip REFORMASI, Malaysia bukan hanya perlu kembali sebagai Harimau Asia malah wajah penduduknya di ibu kota juga harus berubah!
@suaramerdekamy Untung ler Bestinet.. kontrak tak sign bertahun-tahun pun boleh buat bisnes berbilion. Mujur PMX pernah sedar kes ni awal 2 tahun lalu!