Hiburan

Konsert Solo Hattan – 35 Years Journey Buai Peminat Dengan Memori

Biar pun memasuki usia 58 tahun, sesiapa sahaja yang mendengar lantunan suara Hattan pasti akan terbuai dek memori yang indah.

Yang menariknya, saat itu hanya boleh dinikmati peminat yang sanggup meluangkan masa dalam konsert solo Hattan – 35 Years Journey.

Konset solo itu dimulakan dengan lagu Biso Bonar dan selama tiga jam konsert Hattan berjalan, sebanyak 24 buah lagu didendangkan.

Walaupun Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin mengalami sedikit masalah kesihatan, konsert solo berjalan sempurna.

Dalam satu temubual Suara Merdeka bersama peminat Hattan, ramai yang mengatakan lagu Memburu Rindu agak berhantu.

Lagu itu bukan hanya boleh membuatkan peminat menyanyi secara tidak sengaja malah banyak kenangan lalu terimbau kembali.

Rata-rata yang hadir ke konsert solo tersebut terdiri daripada para peminat sudah lama yang mengikuti perjalanan karier Hattan.

Ada yang bermula sejak zaman sekolah dan kini sudah pun berkahwin, maka tidak hairanlah mereka sanggup beli tiket konsert solo Hattan.

Ramai yang memuji konsert solo Hattan memberi kepuasan tersendiri dan lagu Mahligai Syahdu pada penutupnya membuatkan peminat terpesona!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button