Kongsi gambar seksi, Nonny Nadirah minta maaf dan mohon doa buatnya
PELAKON berhijab, Nonny Nadirah yang sebelum ini dikecam netizen kerana berkongsi gambar seksinya memohon maaf atas kesilapannya.
Malah, Nonny turut memohon peminat dan sesiapa yang mengenalinya supaya untuk mendoakan yang terbaik buatnya.
“Assalamualaikum, saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun tersembunyi.
“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat sorry & thank you for everything. I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati,” katanya.
Sebelum ini, Nonny mencetuskan tanda tanya ramai berhubung beberapa posting video yang dimuat naiknya sebelum.
Dalam pada itu, Nonny turut menyatakan dirinya menerima dengan hati terbuka setiap apa yang diperkatakan orang ramai terhadap dirinya.
“Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap saya terima dengan hati yang terbuka. I love you guys, selamat berpuasa semua,” ujarnya. -SM