Politik

UMNO Kubang Pasu mahu Najib diberi laluan terajui parti

UMNO bahagian Kubang Pasu meminta supaya bekas presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi laluan untuk kembali menerajui parti itu kerana hanya beliau dilihat mampu memberi sinar baharu kebangkitan semula UMNO.

Ini selepas mengambil kira pengalaman dan kebijaksanaannya memimpin parti dan negara.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, Najib mampu menguatkan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kerana imej beliau sudah diterima baik rakyat.

“Kemampuan Najib itu ada untuk berperanan memimpin UMNO semula. Dalam hal ini peranan Najib boleh digunakan untuk menghidupkan balik dan menguatkan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd. Irwan Rizal pula berkata pemilihan  UMNO tidak boleh ditanangguhkan bagi menyelesaikan pelbagai isu kepimpinan sedia ada.

Katanya, pemilihan Presiden yang mampu dijadikan sebagai ikon dan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri sangat penting.

Kata beliau, melalui pemilihan juga katanya akan memberi peluang kepada UMNO mendapat nafas baharu dalam barisan kepimpinan.

 

(Visited 536 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button