NasionalPolitik

Komplot terancang dalaman UMNO jatuhkan Zahid Hamidi

LUAHAN rasa anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah di media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul, membuat catatan peribadinya di Instagram (IG) yang berbunyi, “Susah nak puaskan hati manusia. Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.”

Hantaran catatan itu sekali lagi menjadi perbualan para netizen apabila secara tidak langsung memberi gambaran beliau tidak berpuas hati dengan senario yang memalitkan nama bapanya dengan parti.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap UMNO pada pandangan kasar, tidak menghormati Presiden parti.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”, catat Nurul di IGnya.

Dalam hantaran tersebut juga Nurul turut menyatakan bahawa ahli UMNO sendiri berkomplot untuk menjatuhkan bapanya.

“Bertahun PAS jadi pembankang, tiada pun secara terang-terangan gerakan menumbangkan Presiden PAS.

“UMNO ini dalam ugutan. UMNO ini hebat dalam memberi tekanan. Hanya yang kuat akan bertahan, hanya yang sabar akan menang.

“Allah maha baik, dia nak tunjuk siapa yang selama ini individu yang buat gerakan menjatuhkan Presiden.

“Silap haribulan, orang-orang itu yang buat sampai Najib Razak ke penjara. Ini bukan kerja seorang dua. Ini kerja berkumpulan dan komplot terancang. Komplot luaran UMNO , Komplot dalam UMNO,” dakwa Nurul dalam tulisannya di IG akaun beliau.

Kata Nurul lagi, “Saya sudah 44 tahun hidup dan segala pandangan yang saya kongsikan adalah pandangan peribadi dari pemerhatian yang tiada kena mengena dengan sesiapa.

“Kalau Presiden UMNO itu nak lepaskan tengkuk dia dari tuduhan mahkamah, lama dah dia ikut telunjuk TUN M (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk BUBAR UMNO. Berapa ramai yang lompat lepas PRU14?” soal Nurulhidayah. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button