Ekonomi

Ni Hsin sasar jual 45,000 EV TAILG

KUALA LUMPUR 22 NOV. – Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd. anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Berhad, mensasarkan untuk menjual 45,000 unit motosikal keluarannya EV TAILG dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, sasaran pihaknya ialah menjual 15,000 unit motosikal EV Tailg EBIXON setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang meliputi rantau Asia Pasifik.
Malah NH EV Tech sedang berunding dengan beberapa organisasi, GLC, agensi kerajaan dan peniaga untuk mempromosikan, memasarkan dan mengedarkan motosikal EV di rantau ini.
“Model perniagaan kami merangkumi modul jualan langsung dan sewa milik kepada perniagaan serta pengguna.” Katanya selepas majlis pelancaran motosikal tersebut di sini hari ini.
Sempena pelancaran dua model Motosikal EV TAILG itu, Ni Hsin juga akan menandatangani Memorandum Perjanjian dengan beberapa organisasi yang dihormati dan mempunyai hubungan baik, antaranya MIMOS Berhad, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), HAI-O Enterprise Sdn Bhd dan PT Winn Pratama Indonesia bagi membantu pemasaran, promosi dan pengedaran motosikal EV ini.
Model-model tersebut, TAILG EBIXON BOLD dan TAILG EBIXON TORQ, masing-masing dalam kategori kegunaan peribadi dan komersial, dipasang di kemudahan pembuatan Syarikat di Seri Kembangan, Selangor.
Selepas lebih daripada dua tahun kerja keras, dari konseptualisasi, penyelidikan dan pembangunan, percubaan dan kerjasama rapat dengan rakan kongsi, Dongguan Tailing Motor Vehicle Co., Ltd, Ni Hsin EV Tech akhirnya mencapai kejayaan dengan pelancaran TAILG EBIXON.
Sebelumi ini, Ni Hsin mula menjual kopi daripada motosikal sejajar dengan konsep café@home café@office café@anywhere BLACKBIXON di mana BLACKBIXON Coffee Bike boleh menghantar kopi yang dipesan dengan cepat melalui platform e-dagang.
Chee Kong berkata,usaha Kumpulan dalam pembuatan dan pemasangan motosikal EV menekankan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar sambil mewujudkan aliran pendapatan hijau dalam perdagangan karbon, di mana pelepasan dianggap sebagai kredit karbon atau offset yang boleh dijual di pasaran karbon seperti pasaran karbon sukarela Bursa Securities Malaysia Berhad (“Bursa VCM”), akan dibuka pada akhir tahun 2022.
“Motosikal pertama yang kami uji ialah motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) yang tidak cekap kerana ia membebankan dan mahal, dan kami mahukan kenderaan yang mesra alam. Selepas beberapa siri percubaan dan pengalaman, motosikal elektrik yang bersih dan mempunyai pelepasan tailpipe sifar berjaya dibangunkan, sebagai Blackbixon Coffee Bike kami tahun lepas.” katanya.
Beliau menambah, terdapat banyak peluang untuk penggunaan EV, dengan kerajaan menyediakan insentif dalam bentuk pelepasan cukai untuk pemasangan atau pembuatan EV, bahagian komponen, dan pembangunan ekosistem EV seperti kemudahan pengecasan.
Kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga dijangka menerima pakai penggunaan EV. Selain itu, pasaran skuter elektrik dan motosikal global dianggarkan berkembang pada CAGR 10.2 peratus kepada AS$93.9 bilion menjelang 2031 daripada US$35.3 bilion pada 2021.

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button