Ingatkan yang kena kompaun maksimum RM50,000 di Kota Bharu, Kelantan cuma seorang sahaja iaitu peniaga burger di hadapan rumah, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38.
Tetapi rupa-rupanya yang sedang dilaporkan ketika ini dalam pelbagai media tempatan ada tiga peniaga dari rakyat marhaen dikenakan hukuman yang serupa.
Sampaikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya akan mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga terbabit.
Ini baru yang terkantoi ceritanya.. belum lagi termasuk dengan peniaga lain yang tidak popular atau ada pengikut media sosial yang kuat.
Menurut sumber, ada yang kata peniaga terbabit sebenarnya kena report dengan orang sekampung yang tidak berpuas hati.
Benarkah? Jika benar.. entah mengapa naluri penulis sangat kuat mengatakan bahawa mereka adalah orang sesama bangsa Melayu dan beragam Islam!
Panas hati.. mendidih jiwa apabila melihat generasi sebangsa diperlakukan sedemikian rupa oleh mereka yang menyarung uniform kerajaan dan sebangsa yang busuk hati.
Penulis tahu.. ramai yang back up, “Mereka cuma jalankan tugas. Ikut arahan orang atas.” Hmm.. bila agaknya orang atas nak arahkan mereka makan najis dan babi pula ya?
Kasar bukan tulisan? Ya.. memang kasar kerana maruah orang biasa, rakyat marhaen sedang dipijak-pijak ketika ini dengan alasan yang sungguh tidak praktikal.
Mana budi bicara? Semoga peniaga colek di Kampung Chekok Tengah dan isteri, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, serta Nik Norwati Nik Loh, 38, dipermudahkan.