Politik

KM Pulau Pinang mohon maaf beli Mercedes pada waktu tidak sesuai

SELEPAS tiga hari pembelian kereta mewah berharga hampir setengah juta ringgit untuk kegunaan rasmi diumumkan, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini tampil memohon maaf.

Kon Yeow mengambil tanggungjawab ke atas pembelian Mercedes S560e berharga RM458,122 selepas ianya dikritik oleh banyak pihak sebagai ‘tidak kena pada masa’ susulan negara berhadapan dengan penularan wabak Covid-19.

Beliau menegaskan pembelian tersebut sebagai satu pengajaran terdapat dirinya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Saya memerhati isu ini kerana ada pandangan yang menyatakan ia dilakukan pada masa yang tidak sesuai kerana rakyat sedang berhadapan dengan Covid-19. Saya mengambil maklum semua pandangan ini.

“Itu jauh sekali (menggunakan wang rakyat untuk membeli kereta rasmi baharu). Sebelum isu ini dicetuskan, saya sudah arahkan Exco dan Pegawai Kewangan Pulau Pinang bersiap sedia dalam menyediakan pakej bantuan jika kerajaan mengumumkan PKP semula.

“Ini adalah pengajaran buat saya dan kerajaan negeri. Walaupun ada keperluan untuk menukar (kereta rasmi), namun masanya kurang tepat memandang rakyat amat risau dengan pembelian ini,” katanya.

Kereta model berwarna kelabu selenite yang dikeluarkan pada 2019 itu dibeli dengan potongan harga sebanyak RM127,765.

Pembelian kenderaan itu bagi menggantikan kereta rasmi sedia ada, Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.75 pada 2013.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button