Hiburan

Ada ‘scammer’ perguna niat baik Sharifah Shahirah bantu mangsa banjir

KALAU hati dah memang hitam, orang yang berada dalam kesusahan pun akan cuba diambil kesempatan untuk kepentingan diri.

Taktik penipuan menggunakan alasan untuk membantu mangsa banjir akhirnya berjaya dihidu pelakon dan personaliti radio, Sharifah Shahirah.

Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shira berkata, ada individu yang menggunakan namanya untuk membantu mangsa banjir.

“Siapa yang minta masukkan duit (untuk bantu mangsa banjir) dengan menggunakan nama saya, tolong jangan.

“Scammer (penipu) akan pancing kita dulu dengan menggunakan gambar mangsa banjir dan ambil gambar saya. Ada scam (penipuan) yang kata akan tolong Sharifah Shahira,” katanya.

 

Menurutnya lagi, dia juga hampir ditipu oleh seorang individu yang menyatakan niatnya untuk menyampaikan barangan bantuan banjir sebanyak 10 tan.

Malah, Shira berkata individu tersebut kononnya akan menghantar bantuan sebanyak 300 selimut dan 300 tuala untuk sebagai bukti kononnya mereka telah menyampai bantuan.

“Dia akan minta kita tolong dia untuk hantar barangan kepada mangsa banjir. Tetapi sebelum itu dia sertakan sekali gambar-gambar bantuan yang telah disampaikan.

“Bila jadi begitu, kita pun terujalah nak tolong. Tetapi selepas itu dia minta deposit pula untuk hantar lori dan minta RM1,000 sebagai pendahuluan.

“Mujur badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama dengan saya sekarang iaitu Malaysia Relief Agency dapat kesan awal penipuan ini,” katanya.

MRA yang membantu Shira mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Untuk rekod, Shira antara artis yang bekerja keras dalam membantu menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa negeri antaranya di Pahang.

Malah, Shira dalam status terbaharu di akaun Instgram miliknya turut mengumpulkan dan turun sendiri mengagihkan bantuan kepada yang memerlukan.

Dia turut memberitahu yang bantuan kini lebih tertumpu kepada barangan seperti susu orang tua, tuala wanita, lampin dewasa dan pakaian dalam lelaki, wanita dan remaja yang sangat diperlukan. -SM

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button