Bola SepakSukan

KL City muncul juara Piala Malaysia

Berakhirnya penantian 32 tahun The City Boys

TAHNIAH buat KL City FC kerana berjaya menjulang Piala Malaysia di tahun ke-100 kejohanan apabila menumbangkan pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di pentas final, sebentar tadi.

Gol pertama KL City hadir di minit ke-66 oleh Zhafri Yahya dan ledakan kapten, Paulo Josue pada minit ke-74 sudah cukup buat mereka untuk merentap ego dan memusnahkan impian JDT menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Pasukan Harimau Selatan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk sekali lagi bergelar juara dilihat membuat beberapa cubaan balas pada separuh masa kedua namun, benteng pertahanan anak didikan Hodak nyata sukar ditembusi.

Hasrat JDT untuk memburu gol untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang juga seakan buntu dengan aksi tangkas penjaga gol KL City Kevin Mendoza yang kerap mengagalkan percubaan berbahaya Harimau Selatan itu.

Ramai yang menganggap kejuraaan Piala Malaysia sudah dipegang oleh skuad JDT yang bernilai RM29 juta itu berdasarkan segala kelebihan yang dimiliki skuad ‘sempurna’ Harimau Selatan di atas kertas berbanding skuad ‘underdog’ KL City yang hanya bernilai RM16 juta.

Pemain tengah KL City, Zhafri Yahya yang Berjaya meledak gol pertama sebentar tadi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Kali terakhir The City Boys berada di pentas akhir saingan tertua Asia Tenggara itu adalah pada tahun 1989, iaitu lebih tiga dekad lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button