Politik

KJ sokong PN, tapi tidak tanding PRN

AKHIRNYA Khairy Jamaluddin memberi gambaran jelas hala tuju politik beliau iaitu tidak akan bertanding pada pilihan raya enam buah negeri kelak.

Khairy atau KJ dalam wawancara dengan wartawan Singapura berkata, beliau kekal keluar sekejap daripada politik.

Keluar sekejap itu relatif, katanya, mungkin setahun atau 10 tahun.

Dalam pada itu KJ yakin Perikatan Nasional (PN) akan terus menang besar di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Cuma, kata beliau, cabaran kini PN perlu membuktikan bahawa mereka bukan sahaja parti yang hanya mendapat sokongan kawasan pedalaman iaitu mempunyai majoriti orang Melayu, tetapi turut mendapat sokongan kaum lain.

Sementara nasib UMNO, kata Khairy, lebih bergantung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”UMNO kini jadi parti picisan yang mengemis untuk mendapat kedudukan,” katanya.

Khairy juga berpendapat pilihan raya negeri tidak akan memberi signifikasi kepada kerajaan dewasa ini.

Sementara itu dikatakan Khairy mungkin menerima tawaran menjadi senator dengan jawatan menteri kewangan kedua di dalam kabinet Anwar selepas berakhir pilihan raya negeri.

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button