KesihatanNegeri

KJ Beri Salam Kepada Pegawai PPV Yang Tak Benarkan Rakyat Malaysia Rakam Proses Suntikan!

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebelum ini sudah membenarkan rakyat Malaysia termasuklah warga asing di Malaysia yang menerima suntikan vaksinasi, boleh merakam proses suntikan.

Namun mengapa sehingga ke hari ini masih ada beberapa pegawai kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti bebal, tidak faham arahan dan macam dia pula yang ‘tauke’!

Keluhan rakyat Malaysia yang dihalang segelintir pegawai kesihatan dan juga jururawat yang bertugas secara biadab sebenarnya terpencil tetapi ia memberikan imej yang sangat buruk.

Dek kerana perbuatan segelintir mereka yang bertugas di PPV termasuklah sukarelawan yang kurang wajar, memang semua yang ada di situ perlu menanggung malunya.

Sebab itulah ada pepatah berbunyi, ‘Seekor lembu bawa lumpur, habis semua terpalit sama’. Kepada pegawai perubatan dan jururawat yang rasa diri mereka tauke, KJ sudah bagi salam.

Kalau stress sekali pun, jangalah sekat kebebasan rakyat Malaysia. Kang ada yang merajuk malas ambil vaksin, kena tuduh anti-vaksin.

Bila beriya-iya nak ambil vaksin demi kemaslahatan negara, ada pula segelintir spesis pegawai kesihatan dan jururawat yang agak kekwat.

Tolong jangan malukan nama industri kesihatan dalam Malaysia kerana anda berkhidmat untuk negara untuk pastikan Malaysia kembali pulih seperti biasa.

KJ juga telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan sekali gus menerajui Kementerian Kesihatan. Mohon bagi salam padu kepada mereka yang bertugas di PPV dan berlagak bagai ‘tauke’.

Nota : Pendapat di atas merupakan kiriman pembaca dan tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka. Suara Merdeka tidak bertanggungjawab ke atas komen negatif yang membawa kepada tindakan undang-undang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button