Kit ujian kendiri Covid-19 kini berharga serendah RM6.90
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kit ujian kendiri Covid-19 boleh didapati dengan harga serendah RM6.90.
Tambahnya, perjualan kit ujian kendiri ini akan diperluaskan ke pelbagai premis dan juga boleh didapati dengan senang di kedai serbaneka, pasar raya, dan stesen minyak.
Menurut laporan The Star, perjualan kit ujian kendiri Covid-19 ini dilancarkan oleh Nanta di KK Supermart di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) di samping membuat tinjaun bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021 pada semalam.
Nanta juga mengatakan bahawa KPDNHEP dimaklumkan bahawa harga kit ini telah ditawarkan pada harga RM6.90 untuk satu unit, namun premis seperti KK Supermart menjualnya dengan harga yang lebih rendah iaitu RM6.60 seunit.
Kerajaan telah menetapkan harga runcit maksimum bagi kit tersebut adalah pada harga RM19.90 dan harga borong RM16 bagi satu unit telah berkuasa pada 5 September lalu.
Dalam pada itu, Nanta turut mengatakan bahawa perluasan penjualan kit ini adalah merupakan keputusan kerajaan yang akan memberi manfaat seperti penurunan harga, meningkatkan daya saing dalam sektor peruncitan dan ketersediaan bekalan.
Tambahan lagi, setakat 28 Oktober, sejumlah 2,570 premis perniagaan seluruh negara telah diberi kelulusan untuk menjual kit ujian kendiri Covid-19 dengan 494 daripadanya adalah di bawah pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. – SM