Luar Negara

Arab Saudi: Taman tema atas pelantar minyak pertama di dunia

TAMAN tema biasanya terletak di darat atau di tepi pantai tetapi Arab Saudi ingin membina taman tema di tengah laut yang berkonsepkan plantar minyak.

Baru-baru ini Arab Saudi telah mengumumkan hasratnya untuk membuat taman tema seluas 150,000 meter persegi yang digelar “The Rig”.

Menurut kenyataan akhbar oleh Public Investment Fund (PIF) atau Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, Taman Tema The Rig dijangka bakal dibuka pada tahun 2025.

Sementara itu,menurut The National, pegawai Saudi belum memberitahu sama ada taman tema tersebut akan dibina daripada awal atau disesuaikan daripada pelantar minyak sedia ada.

Reka bentuk taman tema tersebut diilhamkan daripada pelantar minyak dan akan mempunyai beberapa daya tarikan seperti hotel, restoren mewah, helipad dan pelbagai aktiviti lasak

The Rig akan mempunyai tiga hotel dengan 800 bilik termasuk satu pilihan ultra-mewah dan 11 restoren yang semuanya akan dihubungkan dengan jambatan di pelantar minyak tersebut.

Dengan kos pembiayaan daripada Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, taman tema tersebut juga akan mempunyai daya tarikan lain seperti roller coaster, gelongsor air, penggembaraan kapal selam dan pelbagai aktiviti lain.

Selain itu, pelancong yang ingin merasai percutian mewah boleh memilih helikopter atau marina superyacht untuk datang ke taman tema tersebut.

Taman tema tersebut juga boleh diakses dengan pelbagai pengangkutan seperti feri, kapal layar, pelayaran atau helikopter.

The Rig akan dibangunkan di “Teluk Arab” (Teluk Parsi) namun lokasi khusus taman tema itu masih tidak didedahkan kepada umum.

Projek tersebut merupakan tarikan pelancongan yang unik dan dijangka dapat menarik pelancong dari seluruh dunia. -SM

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button