Politik

Kit Siang kena marah bangkitkan keadilan untuk Beng Hock

PEMIMPIN kanan DAP Lim Kit Siang dimarah oleh pengikut Facebooknya selepas membangkitkan semua isu kematian Teoh Beng Hock.

Menurut mereka Kit Siang tidak mempunyai kredibiliti untuk menegakkan keadilan terhadap kematian Beng Hong kerana mengabaikan isu itu ketika DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selama 22 bulan.

Tegas mereka, Kit Siang dan DAP mempunyai banyak kelebihan untuk menyiasat kematian Beng Hock ketika berkuasa kerana Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Peguam Negara dilihat sebagai mesra kepada pentabiran Pakatan Harapan ketika itu.

“Semasa pemerintahaan PH selama 22 bulan. Apa yang telah anda semua lakukan untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan dan sekarang anda mahu membawa kes itu sebagai sebahagian daripada agenda politik anda lagi,” sindir Steve Tung Lee.

“Anda mempunyai 22 bulan, anak lelaki anda adalah salah seorang individu yang paling berpengaruh dan berkuasa dalam kerajaan Malaysia waktu itu, Peguam Negara juga rapat dengan DAP, bolehkah saya bertanya apa yang telah anda lakukan?” persoal Yiip Shaun.

“Wah, 22 bulan dengan bos SPRM dan AG, anda tidak boleh membuka kes itu? Berhenti menggunakan namanya kerana kamu tidak melakukan apa-apa untuk dia ketika berkuasa. Berhenti mengguna namanya untuk kepentingan politik ini menjijikkan,” tegas Justin Tan.

“Saya berasa sedih dengan Beng Hock. Saya merasa sedih kerana anda terus menggunakan beliau untuk menghasut orang. Apa yang telah anda lakukan semasa PH diberi kuasa? Memalukan,” sindir Marvin Lee.

“Apa yang anda lakukan semasa mengambil alih pemerintahan? Menyerahkan TNG 30? Seharusnya anda dapatkan keadilan ketika itu,” kata Sravanan Chingambaram.

“Kit Siang saya menghormati awak sebelum ini… tapi kadang-kadang lebih baik tutup mulut. Apa yang PH buat selama ini? Jangan kata 22 bulan tidak cukup untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan lebih dari 60 tahun! Yang benar adalah tidak ada apa telah anda lakukan kecuali memperjuangkan kedudukan dan pertengkaran antara parti. Jadi diam. Rasa begitu muak,” luah Timothy Tws.

Dalam hantaran kira-kira 12 jam lalu, Kit Siang dengan tanda pagar ‘kerajaangagal180’ menulis, ‘Selagi keadilan tidak ditegakkan dalam kes Teoh Beng Hock, Malaysia belum menjadi negara normal. Artikel tersebut dimuatkan di blognya.

Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.-SM

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button