Kisah Sebenar Kenapa Kaunter Kerajaan Satu Buka, Lain Kosong!
1. Masuk opis jam 9.00 pagi. Punch dulu lepas tu keluar beli breakfast. Balik ofis jam 9.30 pagi. Kantoi dengan bos M40 gred41 sebab kaunter takda org. Org tunggu dah ramai. Bagi jawapan ‘hantar anak baby ke pengasuh’.
Tapi makan dulu sambil sembang sesama B40 kutuk bos M40 budak baru tak reti buat keje, tak faham environment kerja dan lain2. Setel semua baru jaga kaunter.
2. Lunch jam 1.00 ptg tapi pukul 12.00 dah keluar bagi alasan ‘nak ambik anak sekolah’. Pegi mkn n shopping dulu. Kutuk bos lagi. Jam 2.30 masuk balik. Kantoi dengan T20 gred52. T20 Gred52 panggil bos M40 gred41 pasal perangai B40 gred19 tadi.
3. Time kerja bos M40 gred41 suruh buat Excel. Cakap ‘tak tahu’. Suruh buat Word, cakap ‘tak tahu’. Kerja dah lama tapi serba-serbi tak tahu padahal malas nak buat. Last2 bos yg buat. Sesama B40 kutuk bos lagi . Padahal memang kerja dia sebagai PELAKSANA .
4. Pukul 6 sepatutnya balik. Tapi pukul 5 dah hilang. Minta member sama2 B40 tolong punchkan. Rekod kena cantik. Kerja tak siap.
5. Esok pagi viral org rakam kaunter kosong. T20 kayangan level Jusa C panggil T20 gred52 suruh jawab komplen. Maki M40 gred41 pulak kata tak pandai jaga anak buah. Bos M40 gred41 tak berani maki B40 gred19 sebab takut kena pulau. Kalau kena pulau, KPI tak capai dan efek kenaikan pangkat M40 gred41. Nasihat biasa2 je. Lepas tu sentap. Esok mohon Emergency Leave last minit konon anak tak sihat. Dah kaunter kosong lagi sebab ikut jadual dia jaga kaunter. Penyudahnya 1 kaunter je bukak.
6. Hujung tahun buat muka kesian mintak markah SKT tinggi dgn M40 gred41. Buat2 rajin. Masuk awal balik lambat. Tak keluar bfast dah. Bagi alasan dah lama kerja nak naik pangkat ke gred 22 secara time based. Bos M40 gred41 kena tipu. Lepas tu bagi markah tinggi sebab kesian.
7. Tahun depan member B40 yang rajin naik pangkat ke gred 22. Dia masih gred 19. Kutuk bos lagi kata pilih bulu. Kutuk member kata pakai cable. Esoknya buat perangai yang sama. Buat muka tahi depan kaunter. Client pun B40 jugak mengadu kat facebook .
Begitulah perangai buruk sesetengah B40 Kerja Kerajaan. Keje culas nak buat sampai efek organisasi dan persepsi org awam.
Perkongsian : Emma Harshaw