Diari AG

Kisah pakcik Nepal dan kambing

29 Januari 2020:

MACAM-MACAM perangai penumpang ini. Tadi  ada pakcik Nepal naik kereta AG. Dua orang. Seorang duduk depan, seorang lagi belakang.

Awal-awal lagi pakcik Nepal yang duduk depan beritahu destinasi dituju adalah tempat dia nak beli kambing. Ladang kambing milik tauke Cina.

Dengar nak beli kambing, AG tak tau lah nak gelak ke nak nangis. Tak pernah kambing naik kereta AG. Tengah-tengah melayan perasaan, pakcik Nepal itu tanya, bolehkah dia nak bawa kambing nanti. Alamak apa nak jawab.

Entah macam mana tiba-tiba AG kata, boleh. Sebenarnya tak sampai hati nak kata tak boleh.

Pakcik Nepal senyum lebar. Lega gamaknya masalah dia selesai. Masalah dia jadi masalah  AG pula sebab nak fikir mana nak letak kambing.

Dia minta AG tunggu sementara dia ke kandang untuk memilih kambing yang nak ‘dikorbankan’ sempena satu perayaan masyarakat Nepal.

Disebabkan ahli keluarga masing-masing jauh, mereka menyambutnya bersama rakan-rakan.

Kira-kira lima minit, pakcik Nepal muncul bersama seekor kambing warna coklat. Saiz kambing itu agak besar. AG jangka beratnya mungkin lebih 50 kilogram. Mana lah nak letak.

‘Jeritan’ kambing itu buat AG rasa tak keruan. Sayu sungguh. Dari sebalik kandang yang tertutup, terdengar pula bunyi anak kambing – seperti merayu minta ‘mereka’ tidak dipisahkan.

Bila terpandang mata kambing, rasa bersalah AG membuak-buak. Kesian. Tak sampai hati sungguh. Kambing itu pula agaknya sengaja pandang AG. Kejamkah manusia kerana pisahkan ibu dan anak kambing? Makan kambing?

Kalau ikutkan hati, mahu saja AG lepaskan ikatan emak kambing itu. Tapi apakan daya, AG seorang, pakcik Nepal dan tauke Cina, mereka tiga orang.

Takut bila AG bertindak, lain pula jadinya. Nanti bukan kambing itu yang jadi korban tapi AG. 😂.

Selesai berurus niaga, AG tanya nak letak mana? Sebelum pakcik Nepal jawab, AG minta mereka masukkan kambing tadi ke dalam kereta, letak di tempat duduk penumpang di belakang.

AG fikir, biarlah kambing itu rasa selesa sementara nak menunggu masa dikorbankan.

Pakcik Nepal tak setuju. Dia minta AG letak dalam bonet. Sebab malas nak panjang-panjangkan cerita ditambah pula tak sampai hati nak tengok kambing itu lama-lama, AG ikutkan.

Sepanjang perjalanan pulang, AG murung.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button