Hiburan

Kontroversi perkahwinan tak direstui ibu, Hannah Delisha mohon maaf

PELAKON, Hannah Delisha akhirnya membuka mulut berkenaan dengan dakwaan pernikahannya bersama Imam Shah tidak mendapat restu ibunya.

Hannah berkata, dia meminta maaf di atas perhatian yang tidak diingini terhadapnya ketika ini.

“Sama seperti anda, saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf kerana ianya telah tersebar ke pengetahuan umum.

“Ketika saya mula melangkahkan kaki ke dalam industri seni, tujuan saya adalah untuk menghiburkan anda semua menerusi hasil kerja dalam seni dan bukannya kisah peribadi.

“Saya cuba sedaya mungkin untuk mengelak daripada menjadi bahan gosip apatah lagi saya membawa bendera negara saya dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya menerusi status di akaun Instagram miliknya.

Menurut Hannah lagi, dia juga berharap yang pendiriannya itu akan tetap utuh dan memberitahu yang peminatnya berhak mendapat lebih daripada gosip yang sedang melandanya kini.

Ujarnya lagi, apa yang diharapnya kini adalah dia dan sedikit ruang ketika dia diduga.

Isu berkenaan perkahwinan Hannah dan Imam yang tidak mendapat restu mula tersebut selepas ibu Hannah memuat nak puisi yang mengundang persoalan di akaun Instagram miliknya.

Hannah Delisha bersama ibu mentua dan suaminya, Imam Shah.

Turut diselitkan dalam puisi itu ialah tanda pagar #IbuTidakRestu yang dimuat naik di akaun Instagram @kakcikwujudku yang dipercayai ibu kepada Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad.

Puisi tersebut seolah-olah menggambarkan Noor Ashikin seperti tidak merestui perkahwinan Hannah dan suaminya.

Untuk rekod, Hannah dan Imam telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu di Singapura dan perkara itu diketahui peminat selepas Hannah memuat naik gambar persandingannya di akaun media sosial. -SM

(Visited 693 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button