Nasional

Khairy sekali lagi menggesa supaya produk rokok haram dijual kepada belia

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan bahawa Malaysia bakal mengharamkan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005.

Menurut satu ciapan yang dimuatnaik di Twitter, Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa supaya rang undang-undang larangan merokok terhadap golongan tersebut diluluskan pada Julai ini.

Jika lulus, perkara ini sekaligus dapat mengekang aktiviti merokok bagi generasi akan datang disebabkan mereka diharamkan untuk membeli sebarang produk merokok dan juga rokok elektrik.

Terdapat laporan yang mengatakan satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok menerusi laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau. – SM

https://twitter.com/Khairykj/status/1516619458235990018?s=20&t=E0_xPdxzUdDLdmpX3q6BIQ

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button