Nasionalpilihan

KFC tidak termasuk dalam senarai boikot BDS

RESTORAN makan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak pernah dimasukan dalam senarai boikot dalam kempen boikot kumpulan pro-Palestin kata pertubuhan bukan  kerajaan (NGO) Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS).
Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk memboikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
“McDonald’s (McD) pun dulu tidak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai apabila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
“Seluruh dunia marah terhadap McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
“KFC tidak pernah melakukan tindakan sama dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot,” katanya dalam kenyataab yang dimuat naik di Facebook.
Menrut Mohd Nazari, pelanggan mungkin sudah tidak ke restoran makanan segera itu disebabkan harganya yang semakin meningkat.
“Ada pelanggan yang merungut dan tidak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun,” katanya.
Gerakan BDS dimulakan pada tahun 2005 atas kesedaran bahawa kerajaan-kerajaan di dunia, terutama sekali kerajaan Amerika dan Eropah tidak boleh diharapkan untuk membantu dalam perjuangan membebaskan warga Palestin dari cengkaman zalim Zionis.
Oleh itu gerakan BDS membuat keputusan mengembleng sokongan dari rakyat biasa dari seluruh dunia yang mempunyai hati nurani serta membenci kezaliman yang dilakukan terhadap warga Palestin.
Gerakan itu mendapat inspirasi dari kejayaan usaha pemboikotan oleh masyarakat antarabangsa terhadap negara Afrika Selatan kerana amalan apartheidnya terhadap warga berkulit hitam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button