Rencah Hidup

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin akhiri zaman ibu tunggal

Beza usia dengan suami 34 tahun

SEJAK dari janin di dalam perut ibu yang mengandung telah dicatatkan segala perjalanan hidup dan takdir.

Keluar dari lohmahfuz, tiada sesiapapun yang dapat menongkah suratan hidup yang dijalani oleh setiap insan di atas muka bumi ini.

Begitu juga dengan rezeki, jodoh dan ajal maut semuanya adalah ketentuanNYA.

Sebagai hambaNYA, kita perlu menerima takdir dan suratan dengan hati yang terbuka.

Namun sudah menjadi lumrah manusia, mulut tidak dapat dikawal. Upama mulut tempan, akan mengumpat, mengata, mengeji, menghina sedangkan pada hakikatnya, itulah jodoh antara pasangan yang mungkin faktor usia yang jauh mengundang kata-kata orang sekeliling.

Yang penting apabila diijabkabulkan oleh jurunikah, keikhlasan hati pasangan masing-masing untuk menerima, saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain dalam melayari bahtera rumah tangga.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin Melaka menamatkan era ibu tunggal yang ditempuhinya selama lima tahun setelah suaminya meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang beza usianya, 34 tahun.

Datuk Zaleha Bujang berusia 62 tahun manakala suami yang menikahinya, seorang ahli perniagaan yang mahu dikenali dengan panggilan Ashraf berusia 28 tahun.

Mereka telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin kelmarin (Jumaat) seperti dilaporkan Sinar Harian.

Majlis pernikahan pasangan ini disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr. Akmal Saleh.

Menceritakan sedikit detik pertemuan di antara Zaleh dan Ashraf, kata Dr. Akmal, pasangan ini berkenalan dalam satu majlis yang diadakan di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.

Bermula dari detik itu, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Zaleha memaklumkan, dia dan suami akan meluangkan masa berbulan madu ke Cameron Highlands.

Perkahwinan Zaleha dan Ashraf menerima ucapan tahniah daripada kalangan netizen dengan doa, semoga perkahwinan yang dibina itu berkekalan sehingga ke jannah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button