Politik

Kesimpulan perhimpungan agung UMNO 2019

PERHIMPUNAN agung UMNO 2019 menolak sepenuhnya idea untuk merampas kembali Putrajaya mengikut jalan belakang, walaupun pada masa ini terbuka luas, sebaliknya parti itu memutuskan supaya kerajaan yang dibentuk kelak adalah mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.

Ini bermakna UMNO bersedia untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang dan membentuk kerajaan bersama-sama rakan gabungan yang baharu iaitu Pas dan beberapa parti mewakili orang Melayu dan komponen Barisan Nasional.

Sebelum ini Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikaitkan mengadakan perbincangan sulit dengan pemimpin Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan mengikut belakang. Ini bermakna sejumlah ahli parlimen dari parti pemerintah akan bergabung dengan UMNO serta Pas bagi membentuk gagasan baharu dan sekaligus memperolehi majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

Inisiatif itu dibuat selepas berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan berikutan isu peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad belum berlaku dan kemungkin tidak berlaku seperti yang dipersetujui semasa pakatan itu dibentuk.

UMNO juga telah membuktikan bahawa parti itu adalah sebuah parti yang berdaya tahan dan makin utuh walaupun sejumlah pemimpinnya keluar dan menyokong kerajaan hari ini.

Ternyata ahli di peringkat akar umbi terus istiqamah bersama parti berkenaan dan menghadapi saat-saat getir pada masa ini.

UMNO juga telah membukti mereka parti yang inklusif dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat negara ini, berbanding sebelum ini hanya membangkitkan isu yang berkaitan kepentingan orang Melayu.

Pembentukan Muafakat Nasional bersama Pas juga telah menjadi parti itu lebih seimbang dan semakin diterima oleh para penyokong kedua-dua buah parti.

UMNO juga sedar parti itu harus menang dengan kekuatan diri sendiri dan bukannya berharap kelemahan parti pemerintah semata-mata.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button