pilihanSukan

Kesakitan pada kaki halang kemaraan Lee Zii Jia

HASRAT Lee Zii Jia untuk mengungguli Masters Malaysia tidak kesampaian apabila kesakitan pada kaki mengganggu permainannya dan terpakasa akur kepada Viktor Axelsen dari Denmark dalam perlawanan akhir Masters Malaysia di Axiata Arena.

Zii Jia terpaksa akur menyerahkan kejuaraan kepada pemain Denmark itu apabila tewas kepada Axelsen dalam tiga set  6-21, 22-20 dan 13-21 yang berlanjutan selama satu jam tiga minit.

Set pertama menyaksikan Zii Jia tidak dapat menemui sentuhan dan rentak permainannya.
Sebaliknya Axelsen yang memimpin permainan dengan medahului 7-1 sebelum melebarkan jurang mata kepada 14 berbalas 5.
Memetik BERNAMA, Zii Jia cuba cipta kebangkitan, namun sentuhannya serba tidak menjadi dan beberapa pukulannya gagal menemui sasaran serta memberikan mata mudah kepada lawannya.
Axelsen kemudian mengutip lima mata berturut-turut untuk mendahulu 19-5 sebelum menang 21 berbalas enam.
Set kedua rentak berbeza dengan Zii Jia mendapat angin baru dan mula menemui sentuhannya. Ini dibuktikan apabila dia mendahului 11-4 tetapi selepas rehat, Axelsen bangkit mengejar hingga berjaya menjadikan kedudukan 19 sama.
Zii Jia kemudian meraih mata akhir 20-19 tetapi Axelsen dapat menyamakan kedudukan 20 sama.
Namun Zii Jia akhirnya berjaya juga raih dua mata akhir selepas harungi saat-saat mencemaskan untuk menang 22-20 bagi membawa perlawanan ke set ketiga.
Permulaan set penentuan tampak Zii Jia mengalami kesakitan kaki apabila ketinggalan 4 kosong dan kemudian meminta rawatan pegawai perubatan. Ketika itu kelihatan dua sudah bersedia untuk menarik diri dalam perlawanan itu apabila seperti bersalaman dengan pemain Denmark itu.
Namun dia kemudian meneruskan permainan tetapi ketinggalan 2-5 sebelum rapatkan jurang kepada 6-7. Tetapi dengan pergerakan kaki yang makin terbatas, ia menjadikan mudah buat Axelsen untuk mendahului 17-12 dan kemudian hampir kepada mata akhir 19-13.
Pada ketika ini Zii Jia terpaksa bermain dengan kesakitan dan dia akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan Axelsen mengutip mata akhir untuk kejayaan 21-13 serta kejuaraan perseorangan lelaki Masters Malaysia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button