Mahkamah

Kes Rosmah ditangguh 3 Ogos, peguam tidak sihat

PROSIDING kes mahkamah membabitkan Datin Rosmah Seri Mansor ditangguhkan selepas peguam bela, Datuk Akberdin Abdullah tidak berapa sihat.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pihaknya tidak membantah penangguhan tersebut kerana peguam bela yang sepatutnya melakukan pemeriksaan balas hari ini tidak berapa sihat.

“Jika itu isunya, kita juga tidak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang ini memang penyakit biasa, semua peguam akan ada masalah ini (dalam nada bergurau sambil tersenyum).

“Kes ditangguh sehingga 3 Ogos depan,” katanya selepas pertemuan dalam kamar antara pasukan pendakwaan dan pembelaan dengan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

Prosidng kes tersebut memasuki hari ke-18 hari ini.

Isteri bekas perdana menteri itu berhadapan pendakwaan rasuah projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Beliau berdepan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin bagi pemasangan tenaga solar.

Rosman didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button